MASIHKAH KAU INGAT ?
Tuesday, January 18, 2011, 0 speaks

MASIHKAH KAU INGAT ?
Sewaktu kita sama2 duduk di bangku sekolah rendah , kau curi stokin kiri aku ketika matapelajaran senaman semata-mata hendak mendapatkan perhatian aku . Puas aku mencari tetapi kau tetap buat xpeduli . Hanya selepas aku menangis teresak-esak , barulah kau datang memulangkannya kepada ku dengan senyuman kelat .

Ketika itu aku benar2 bencikan kau . Melihat wajah xbersalah kau yg dibuat2 pda waktu itu mmg sgt memualkan . Setiap kali kau memandang aku , aku membalasnya dgn jelingan tajam . Namun kau ttp bt bodoh . Entah sma ada kau benar2 buat bodoh ataupun kau mmg benar2 bodoh .


MASIHKAH KAU INGAT ?
Sewaktu pulang dari kedai runcit , kau datang dgn berbasikal mghampiri aku . Kau mengganggu aku dgn ejekan dan usikan nakal .Namun aku tetap buat xendah . Aku tak suka dgn sikap kau sebagai pelajar nakal di dlm kelas .Bukan sahaja nakal malah gatal .

Tiba2 basikal ' chopper ' yg kau tunggangi termasuk ke dalam parit . Wajah kau tersembam di dalam lumpur . Kau masih lagi cuba utk senyum biarpun seluruh wajah kau dipenuhi dgn kotoran . Tanpa sedar , aku mulai myenangi kau .


MASIHKAH KAU INGAT ?
Sewaktu kita berada di alam sekolah menengah , kau myambung pelajaran ke utara kerana mgikut ibu bapa kau berpindah kesana . Sebelum berangkat keesokan harinya , kau sanggup dtg ke rumah ku pada waktu mlm dan membaling katak puru ke dlm bilikku melalui tingkap yg separuh terbuka hanya kerana ingin bertemu dgn ku .

Aku tidak tahu bgaimana kau tahu aku benci dgn katak puru . Masakan tidak , katak puru yg kau baling masuk , jatuh betul2 di atas riba . Aku menjerit sekuat-kuat hati dan ketika memandang ke tingkap , aku lihat kau ketawa gelak terbahak2 . Kemudian aku menangis dan ketawa dlm masa yg sama .


MASIHKAH KAU INGAT ?
Sewaktu kita berjalan ke kedai berhampiran dan membeli minuman . Aku mahu teh bunga sedangkan kau pula mahu minuman berkarbonat . Kau meminta aku mmbayar harga minuman itu dgn alasan dompet kau hilang tanpa khabar berita tanpa aku menyedari bahawa aku sendiri tidak mmbawa duit .

kemudian kau mgajak aku berlari sambil mmbawa air minuman di tgn tanpa mmbayarnya . Disebabkan aku mgenakan baju kebaya , aku tidak mampu berlari dgn laju manakala kau sudah jauh mndahului aku . Kemudian aku berjaya ditahan pihak berkuasa dan kau pula hilang entah ke mana .


MASIHKAH KAU INGAT ? 
Kalau kau tak boleh ingt , kau mmg xguna sebab aku mmg ingt semuanya . Disebabkan kau , muka aku yg comel ni masuk suratkhabar . Ditahan polis kerana mencuri air kotak . Semua org ketawakan aku , kau tahu tak ? Jangan berani tunjuk muka depan aku lagi . Kalau tidak , aku suruh bapak aku tembak .




Yang Masih Ingat , 
Malas aku nak ingatkan  .













Labels:


Older Post | Newer Posts